A Cup of Life

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya... Hanya Tuhan Yang Tahu !"

S.U.R.A.T

*saya ayis*

1 Syawal 1430 hijrah

Pagi itu selepas acara bersalam-salaman Nek Yah menghulurkan sampul duit yang tentunya berisi duit raya kepada cucu-cucunya... Ayis anak buah aku baru 2 tahun setengah umurnya, turut mendapat habuan... selepas ucapan terima kasih diberi, dia dengan muka toya terus menghulurkan sampul raya tadi pada ayahnya...

lantas berkata...

"yah... ada surat!"




* budak kecil - sungguh jujur mereka

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...

Semalam - 13 September 2009

  • sazer_libra --> hepi birthday....Semoga panjang umur n dmurahkan rezeki.....

  • v2k -->epi besday cik niza........semoga sihat selalu

  • ling ting --> happy birthday, kak niza!

  • sepaku --> happy birthday today!

  • A.tAziati --> Happy Birthday.. Semoga panjang umo, luas rezeki, ceria dan didlm keredhaan Allah sentiasa

  • Anna --> a buch of roses, a touch of love ... wishing you HAPPY BIRTHDAY

  • kancil_jjc --> hepi besday... wish u good luck...
  • gonsohob -->
*waa... upin & ipin n the gang pun wish utk aku*


aku -->


  • terima kasih semua... walau hanya ucapan tp amat bermakna bg aku...
  • takutnya nk melangkah ke angka 3, tahun depan... ada 11 bln 29 hari lagi...
  • yang send sms, yg call, mitak mahap...tak tersenarai acapan ucapan nama anda di atas...sbb aku cuma copy paste je dr email.. tak kuasa aku nak naip semula... anyway tq

  • sms yg aku dpt semua doakan aku cepat dpt j*d*h ... amin... kenapa dah tua sgt ke aku??? hik..hik.. lg mau tny.. ceh...


Diari Busuk - 8 September 2009

11.30 a.m :
Start enjin. Cik suria dah panas... pegi sekolah

11.35 a.m :
sampai depan kg *simpang Pt Botak... kelihatan sebuah gerai menjual juadah makan tengahari berbuka puasa... sempat jeling dari dlm cik suria aku...jeling jam * 11.35 a.m

  • si penjual : seorg perempuan dibantu seorg badak budak lelaki.. mungkin anak dia
  • si pembeli : seorg lelaki melayu bermotosikal
  • juadah : aku rasa jual lauk-pauk, ada tong air...
---> aku - geleng kelapa kepala

11.42 a.m :

sampai simpang Tanjung Semberong - melintasi sebuah lagi gerai... jeling lagi..

  • si penjual : sepasang suami isteri aku rasa
  • si pembeli : seorg dreber lori yang kelaparan, melayu juga
  • juadah : nampak mcm bekas2 kuih je

---> aku - geleng lagi


11.45 a.m :

sampai Kg Bonagong - ada lagi yang jual

  • si penjual : seorg lelaki muda
  • si pembeli : tiada mangsa
  • juadah : beberapa jenis air... kaler merah, kuning, hijau sungguh menawan

--->aku - nyampah


Apa kejadahnya... pukul 11.30 dah mula jual juadah berbuka... tak rasa bersalah ke? patutnya bulan puasa ni tambah amalan... kalu meniaga dengan cara yang betul niat yang betul kan ke boleh dapat pahala... ni tak x pasal2 dapat SAHAM NERAKA ... kira sahabat shubahat ni..

Yang membeli pun satu hal... tak kan pukul 11 lebih dah beli juadah berbuka kut... kot yer pun tak puasa, tak payah le nak tunjuk2...


5.50 p.m :

Balik dari sekolah... lalu kat gerai-gerai tu... sudah tutup... dah abis laku kut...

*Nama saya Muhammad Alif Syazwan*


Waaa... rindunya kat budak nih... Dua minggu tak jumpa sebab dia balik 'Ganu... Ini Alif si budak montel yang kuat tido ... Anak buah aku yang ke... mmm siji, loro, telu ... ok ke-11 bertambah budget raya ini tahun... anak abg aku... Agak susah nak tengok mata dia celik... masa mandi pun dia boleh tido... pendek kata tido, tido dan tido... macam ngikut aku jer.
Harap2 bila balik batu pahat nanti Alif dah bukak mata tu yer... boleh tgk muka Mak Ija yg cun, muka Mak Ino yang poyos ... Kitaorang dah tak sabar nak dukung, nak cium, nak *kelon, budak kecik nih... tak sabar nk tunggu Alif balik Johor raya ni !!! bak kata sepupu dia "lambat lagi ke berbuka nak balik??? " :D




*kelon = tidur sambil peluk (maaf kalau salah - awex jawa a.k.a jawa murtad)

.:: Nota ::.

Blog masih tungang langgang... template ada problem...bila view gn modzila mcm hampeh... terabur... dlm proses utk baik pulih...

*malu-malu ayam*

.:: Tuan Tanah ::.

Ya... saya tuan punya tanah... Ikut i.c nama saya Anizah Salamon java's name ... boleh panggil Niza, Anis, Ija, Izah, adik manis... Anak jati Batu Pahat Johor... berdarah belanda Jawa ... Seorang Chegu Math yang berkarliber... agak pemalu tapi kadang kala sedikit gila... sering dikatakan bermuka selamba oleh boss saya peduli apa... pendiam kecuali ketika membebel mengajar di dalam kelas...

(52 patah perkataan)



*saya belum ada ramai jiran


.:: Kotak Jerit ::.

.:: Lalu Lintas ::.

.

Web Analytics